Pertandingan e-PPDa 2010
Peringkat Daerah Gombak
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.
...............................................................................Objektif Pertandingan.
- Menyedarkan pelajar tentang bahaya rokok, dadah dan HIV/AIDS.
- memberi pendedahan kepada pelajar dengan aktiviti yang berfaedah di samping menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pencegahan dan bahaya pengaruh rokok, dadah dan HIV/AIDS.
- memberikan pendedahan dan peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dalam bidang ICT dan penyampaian maklumat yang berkesan.
- membanyakkan bahan ilmiah berbentuk ICT yang boleh disebar luas ke semua sekolah dalam memantapkan aktiviti pencegahan dadah di peringkat sekolah.
- mengeratkan hubungan silaturrahmi di kalangan guru dan pelajar.
Kumpulan Sasaran.
- Pelajar SMK / SMT / SBPI - Tingkatan 1 - 5
- Pelajar SK / SJK - Tahun 4 - 6
- 3 orang peserta sahaja
Perisian Pertandingan.
- Microsoft Office Power Point 2003
Syarat Asas Pertandingan.
- Menggunakan Perisian Ms Office Power Point 2007
- Menggunakan 80 % kemudahan dalam Ms Office Power Point 2007
- Penyediaan papan Cerita / Storyboard
- Storyboard hendaklah dilakar dengan tulisan / lukisan tangan
- Menggunakan kemudahan Package For CD setelah siap
- Disediakan di sekolah oleh pelajar (dibantu/dibimbing oleh guru)
- Mengaplikasikan pautan antara office application
- Bahan power point yang disediakan hendaklah dalam tempoh 15 min
- Mengandungi elemen visual, audio, video yang berkaitan
- Elemen yang digunakan hendaklah berfungsi pada Ms Office Power Point 2007 - Default setting.
- Video yang dimasukkan hendaklah boleh dimainkan oleh Windows Media Player 9 sedia ada - Default setting
- Font yang digunakan adalah font default dalam semua office application seperti Arial, Tahoma, Verdana, Impact, Arial Black dan seumpamanya
- Saiz Power Point 2007 yang siap keseluruhan tidak melebihi 40 MB
- Menggunakan fungsi button (butang navigasi) sepenuhnya
- Menyah fungsikan kemudahan On Mouse Click
Tema Pertandingan.
- 1 Malaysia Membenteras Dadah
Skop Tugasan.
- Memikir tajuk projek. Tajuk persembahan / pembentangan MESTILAH selaras dengan tema '1 Malaysia Membenteras Dadah'
- Mendefinisikan tema
- Fokus tajuk dan pengisian kepada rokok, dadah, alkohol, inhalan,HIV/AIDS (pilih salah satu, sebahagian atau keseluruhan fokus)
- Memberi penjelasan tentang jenis-jenis dadah dan klasifikasinya
- Akibat penagihan rokok, penyalahgunaan dadah dan penularan masalah HIV/AIDS
- Akta-akta berkaitan rokok, dadah dan HIV/AIDS
- Statistik terkini
- Menjelaskan peranan yang telah diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam membendung masalah rokok, dadah dan HIV/AIDS
- Mengutarakan cadangan anda bagi tujuan membendung gejala rokok, dadah dan HIV/AIDS di semua peringkat. Mulakan dari rumah, sekolah dan masyarakat setempat. Cadangan yang diutarakan perlulah selaras dengan tema '1 Malaysia Membenteras Dadah'
Kaedah Pelaksanaan Pertandingan Peringkat Daerah.
- Semua sekolah akan menghantar hasil bahan pembentangan Power Point 2007 yang telah siap (laksanakan package For CD) kepada Penyelaras Daerah
- Semua bahan akan dinilai oleh jemaah hakim dalam satu mesyuarat jemaah hakim
- 5 sekolah terbaik bagi SK dan 5 terbaik baik bagi SMK akan dimaklumkan melalui telefon
- Sekolah yang berkenaan akan hadir ke lokasi yang akan ditetapkan untuk membentangkan hasil pembentangan Power Point kepada barisan panel hakim
- Semua Top 5 School berkenaan akan mewakili daerah ke peringkat negeri
- Sekolah yang mewakili daerah Gombak akan ditaklimatkan oleh penyelaras daerah tentang maklumat terkini pelaksanaan pertandingan peringkat negeri
Tarikh Penghantaran Bahan Power Point.
- Bahan Power Point 2007 yang telah siap (Package For CD) hendaklah di burn dalam CD
- Bahan hendaklah dimasukkan ke dalam Pigeon Hold sekolah Penyelaras Daerah
- Tarikh Penghantaran ialah pada 27 September 2010 ( ISNIN )
- Sila hantar CD, Storyboard lengkap dan Borang Pendaftaran Pertandingan
Bahan yang perlu diserahkan pada 27 September 2010
- Borang Pendaftaran Lengkap ( Download dari blog ePPDa Gombak )
- Storyboard yang telah siap dibinding - 1 naskhah
- CD Power Point yang telah siap (pastikan CD diuji sebelum dihantar)
- Masukkan ke dalam Sampul Surat Besar dan tuliskan di muka hadapan sampul berkenaan :
Us. Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof
Penyelaras Daerah
d/a SK 1 Kuala Ampang
( Bahan Pertandingan e-PPDa 2010 )
Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :
- Penyelaras Pertandingan Rendah - Us. Hafidz (SK 1 Kuala Ampang) di talian 016.2364.155
- Penyelaras Pertandingan Menengah - Cikgu Rosnan (SMK Seri Gombak) di talian 012.6306.548